Selamat Datang Ke Blog Rasmi SJK (T) Ladang Sungai Bernam

Terkini

Thursday, August 12, 2010

Piagam Kami

SEKOLAH AKAN BERUSAHA DEMI MELENGKAPKAN MURID-MURID DENGAN PENDIDIKAN YANG SEIMBANG.
MATLAMAT INI AKAN TERCAPAI DENGAN BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


1. MEMBENTUK KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS LITERASI DAN NUMERASI.
2. MEMBINA PERKEMBANGAN INDIVIDU YANG MENYELURUH; INTELEK, ROHANI, JASMANI, EMOSI, AKHLAK, NILAI-NILAI ESTATIKA, DAN SOSIAL.
3. MENCUNGKIL DAN MEMUPUK BAKAT, MINAT, DAN POTENSI MURID-MURID DALAM PELBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.
4. MENYEDIAKAN PELUANG-PELUANG SERTA DORONGAN UNTUK MURID-MURID BELAJAR, MENCARI, DAN MENEROKAI ILMU PENGETAHUAN SENDIRI.
5. MELAHIRKAN MURID-MURID YANG CERGAS DALAM BIDANG KOKURIKULUM.
6. MEMBIMBING MURID-MURID KE ARAH KEHIDUPAN YANG BERSIH DAN SIHAT SUPAYA TIDAK MELIBATKAN DIRI DENGAN GEJALA-GEJALA YANG TIDAK SIHAT.

Monday, April 5, 2010

Pencapaian UPSR

Sejarah Sekolah

Sekolah di Ladang Sungai Bernam telah wujud secara tidak rasmi sejak ladang ini diterokai dan diduduki oleh pekerja ladang yang berasal dari India Selatan berbangsa Tamil dan Telegu, sekitar tahun 1893.

Pada masa itu, ladang ini dibahagikan kepada 5 bahagian dan setiap bahagian mempunyai sekolah sendiri yang beroperasi di rumah pekerja serta gurunya adalah dikalangan pekerja yang mempunyai pendidikan tetapi tidak mempunyai kelayakan perguruan.

Selepas berlaku penggabungan bahagian di ladang ini,SJKT Ladang Sungai Bernam ditubuhkan di sebuah tempat bersebalahan dengan kuil ladang di tepi jalan yang Corner Divisian dan Western-Holz Divison pada tahun 1938 oleh pihak pengurusan Ladang Sungai Bernam,United Plantation Berhad.

Pada awalnya sekolah ini berfungsi sebagai sekolah yang mempunyai 2 bahasa pengantar iaitu Bahasa Tamil dan Bahasa Telegu dan mempunyai murid yang rata-rata merupakan anak kepada pekerja ladang.

Berdasarkan rekod secara lisan pada ketika itu lebih dari 300 murid belajar di sekolah ini. Guru-guru pada ketika itu adalah dari India yang mengajar berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang digunakan di Tamil Nadu dan Andhra Pradesh,India.

Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini pada ketika itu di dilakukan oleh para kerani ladang dan pengurus ladang.Bangunan sekolah juga disediakan oleh pihak United Plantation di atas permintaan para pekerja ladang.Pada ketika itu tiada sebarang perabot di sekolah ini dan murid terpaksa duduk di atas lantai semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Selepas pihak pengurusan Ladang Sungai Bernam diterajui oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Bek-Nielsen ,pihak pengurusan Ladang mengambil inisiatif yang lebih dalam konteks pembangunan fizikal sekolah.Kemudahan padang sekolah diwujudkan demi pembangunan jasmani murid sekolah ini pada tahun 1950.
Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini pada ketika itu di dilakukan oleh para kerani ladang dan pengurus ladang.Bangunan sekolah juga disediakan oleh pihak United Plantation di atas permintaan para pekerja ladang.

Selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957,pihak pengurusan ladang telah menyerahkan urusan pengajaran dan pembelajaran sekolah ini kepada Kementerian Pelajaran. En.Samikannoo A/L Thuraisamy merupakan Guru Besar yang pertama menguruskan sekolah ini.Blok B bangunan,rumah Guru Besar dibina oleh pihak United Plantation,khas untuk En.Samikannoo kerana beliau merupakan anak pekerja ladang yang pertama menjadi guru.

Pada ketika ini lantai sekolah dibina dan pihak ladang telah menyumbangkan perabut kepada sekolah. Sekolah pada ketika itu berupa sebuah dewan panjang yang dibahagikan kepada kelas menggunakan papan kenyataan dan tiada pembahagian bilik darjah langsung.

Pada tahun 1980-an Guru Besar pada ketika itu En Mani Selvaraj telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan bilik darjah dengan mengadakan aktiviti gotong royong dan membina dinding dan mewujudkan bilik darjah kekal.

Pada tahun 1990-an Puan R.Sevapakiam telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah bilik darjah tambahan yang berfungsi sebagai Bilik Pemulihan dan juga sebuah blok tandas.

Pada tahun 2001 Encik Rajathurai yang menjadi Guru Besar telah berusaha untuk menukarkan wajah sekolah dengan membina tingkap dan dinding luar bagi sekolah.Sebelum itu sekolah berdindingkan papan yang tidak tertutup.

Dari segi enrolmen,sekolah mengalami pengurangan yang drastik disebabkan oleh proses urbanisasi yang berlaku di kalangan pekerja ladang.

Pada tahun 2009 SJKT Ladang Sungai Bernam mempunyai 35 orang murid dan 10 orang guru. Dari 16 julai 2009, jawatan guru besar telah disandang oleh En.A.Narayanasree sehingga sekarang.

Sunday, April 4, 2010

Senarai Guru SJK (T) Ladang Sungai Bernam

Guru Besar
En. A. Naarayanasree

Guru Penolong Kanan Kurikulum
Cik. R. Lechumy

Guru Penolong Kanan HEM
Cik. R. Lechumy

Guru Penolong Kanan Kokurikulum
En. N. Soundram

Guru PSS
Pn. V. Tamilselvi

Guru Data
Cik. G. Shaarethaa

Guru Am
Cik. S. Parameswary
En. P. Sam Joshua
En. R. Savia